>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

Meh komen di sini …

Salam untuk semua … ruangan ini Dhiela khaskan untuk teman-teman yang pernah membeli mana-mana produk daripada Dhiela , downlines Dhiela , teman-teman yang pernah menerima tunjuk ajar atau tips daripada Dhiela mengenai “Online Business” , “Blogging” untuk memberi komen samada berpuas hati dengan perkongsian / perkhidmatan yang Dhiela telah berikan dan juga untuk teman-teman di alam maya yang telah mengenali Dhiela samada melalui ruangan sembang atau social networking ….

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menulis komen anda kerana komen anda pemangkin semangat Dhiela untuk terus berblogging & berkongsi ilmu di alam maya ini … terima kasih sekali lagi … Dhiela sayang semua ….

Tsunami COKLAT Di Dhiela Dot Com

Mau taknya ? Sejak mula ber’main-main’ dengan coklat apabila sering di’goda’ oleh teman Facebook Dhiela , Kak Norah … sekarang Dhiela asyik bereksperimen dengan pelbagai resepi dan teknik berkaitan coklat … siap berangan lagi hendak menjadi sepopular Godiva … berangan tak sudah-sudah … hish hish ..as long no harm done why not rite?

Mula-mula tue anak-anak pelik gak bila Dhiela kata boleh makan coklat tapi kena tunggu dulu … first time buat , mereka semua seronok sangat tolong Dhiela masukkan coklat ke dalam mold tapi last-lastnya Dhiela juga yang menghabiskan kerja-kerja itu … namanya pun part time assistant nak buat macamana hehe lepas tue tak sabar lak nunggu coklat tue keras … bila dah siap huru hara betul menunggu giliran mengambil coklat masing-masing tapi memang meriah … ! Memandangkan Dhiela menggunakan Dark Choc so paham-paham ajelah … seketul je mereka sanggup makan hehehe…pahit ..kot~

Belajar dari pengalaman pertama Dhiela mula bereksperimen dengan jenis coklat lain pula iaitu milk dan white. Kali ini hasilnya lebih baik lagi … colorful lagi … hehehe nak tengok gambar-gambar homemade coklat beraneka warna , Klik SINI

Ikutkan ada sebab lain Dhiela tergerak hati buat coklat sendiri selain daripada ter’goda’ dengan ajakan Kak Norah. 10hb Julai 2010 besday 1 tahun anak buah Dhiela , Darwis Ichiro. Alang-alang Dhiela tak tau apa nak contribute …. ditambah dengan godaan Kak Norah , hasilnya Lolichoc & Coklat Oreo. Bestnya lepas dah majlis baru famili Dhiela tau coklat itu Dhiela buat sendiri hehehe … sebab masing-masing ingat Dhiela pi beli macam yang Dhiela selalu buat … ‘pink’ gah wajah bila dipuji coklat oreo tue sedap … ;)

Oh ya … selain daripada 2 sebab yang diberikan , Dhiela sukakan warna coklat hehehe jadi cam seronok sangat tengok banyak kaler-kaler coklat bila coklat tue dah siap … Tapi betul lah kata orang , bila bergelar ibu , anak menjadi priority .. kesukaan anak akan menjadi sebab utama pilihan kita termasuk Dhiela … sebab anak-anak Dhiela suka makan coklat … jadi bila tengok wajah gembira mereka mengunyah-ngunyah coklat yang Dhiela buat siap cakap ‘Sedap emak  buat’ tak tau nak kata apa lagi dah … bercampur baur perasaan Dhiela …

Continue reading Tsunami COKLAT Di Dhiela Dot Com

ARTIKEL 106: Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah

cristiano ronaldo di world cup south africa

GAMBAR menunjukkan Cristiano Ronaldo memakai baju berwarna merah pada 25 Jun lalu di sebuah stadium di Durban, Afrika Selatan.

NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
Continue reading ARTIKEL 106: Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah

ARTIKEL 105 : Gaya Inggeris Untuk Dekorasi Rumah

PEMINAT dekorasi Inggeris memang ramai. Tidak peduli apa jenis rumah sama ada banglo, teres dua tingkat, teres setingkat, apartmen, kondominium atau flat, jika sudah minat, mereka akan tetap menerapkan dekorasi ini pada rumah mereka.

Asalnya mereka mula membeli satu barang sahaja namun daripada satu, mereka akan membeli dua dan seterusnya akan membeli pada setiap bulan bagi memenuhi ruang rumah.

Peminat dekorasi Inggeris akan menjadikan keperluan untuk berkunjung ke kedai yang menjual barangan perhiasan Inggeris pada setiap bulan.
Continue reading ARTIKEL 106 : Gaya Inggeris Untuk Dekorasi Rumah

ARTIKEL 104 : Melayu mendominasi dunia web porno!

cyber cafe

FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

“Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,” kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sumber : KOSMO

Dhiela says : Saban tahun Dhiela membaca hasil-hasil penyelidikan seperti ini tetapi Dhiela tidak pernah melihat tindakan susulan yang konsisten daripada hasil penyelidikan. Kenapa kita mahu mengambil tindakan setelah ianya berlaku daripada mengambil tindakan mencantas ke akar umbi masalah bukannya atas masalah sahaja?

Dulu, kita diajar agama menjadi pendinding kepada kebatilan dan kejahatan tetapi apa yang berlaku orang dewasa sendiri gagal menunaikan tuntutan ibadah puasa jadi apa akhirnya pada generasi Nabi Muhammad SAW?

Related Posts with Thumbnails