Diam tak diam, masa berlalu begitu pantas … 30hb April 2007 menyaksikan Dhiela secara rasmi menjadi warga MASTERELOAD dan kini pada 30hb April 2009 , Dhiela masih lagi bersama MASTERELOAD dengan bilangan ahli dalam Mastereload Trisha’s Grup seramai 125.
Sekiranya lebih banyak usaha dari Dhiela sendiri, mungkin Dhiela boleh mengembangkan MasterEload Trisha’s Grup tetapi sebagai seorang yang bersikap realistik dan tidak melihat kuantiti sebagai indicator kejayaan , Dhiela berpuas hati dengan apa yang Dhiela kecapi bersama MASTERELOAD dalam tempoh 2 tahun ini kerana MASTERELOAD merupakan salah satu cabang perniagaan yang Dhiela ada dan memberikan sumber pendapatan bulanan yang agak konsisten . Untuk rekod , sehingga kini, MASTERELOAD tidak pernah gagal membayar komisen/bonus/insentif yang dijanjikan.
Satu perkara yang Dhiela belajar dari ‘online business’ ialah TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA kerana 9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan dan peluang bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama serta tidak kedekut ilmu menjadikan Dhiela semakin matang dalam perniagaan ini. Setiap kali memulakan sesuatu yang baru , Dhiela tidak pernah tahu penghujungnya tetapi syukur setakat ini, Dhiela masih lagi dengan perniagaan yang sama … status Reseller dengan MASTERELOAD juga membantu Dhiela menjana pendapatan dari sumber berbeza selain daripada penajaan & jualan.
Namun begitu, Dhiela masih mempunyai target peribadi untuk MasterEload yang belum lagi Dhiela capai tetapi Dhiela pastinya tidak akan berhenti berusaha… walaupun ianya akan mengambil masa asalkan hasilnya berpanjangan!
Percaya atau tidak, peluang perniagaan bersama MASTERELOAD ini , Dhiela dapat dari aktiviti spamming. Memang menjadi rutin untuk Dhiela membaca semua emel termasuk emel yang telah diisytiharkan sebagai SPAM kerana Dhiela berpendapat tidak semua yang dikira SAMPAH adalah sampah sebenarnya tetapi kemungkinan lubuk duit pun ada di sana gak kerana kita sedia maklum pemungut sampah juga mempunyai cerita tersendiri tentang pekerjaan mereka.
Dhiela tidak pernah mengisytiharkan perang ke atas SPAMMERs kerana Dhiela rasa mereka ini sekadar hendak berkongsi peluang dan terpulang kepada kita untuk menilai yang mana sesuai dan terbaik dengan kemampuan kita. Sekiranya kita bersedia memberi ruang kepada peluang-peluang ini , mungkin satu hari nanti kita akan bertemu yang berkenan di hati dan menjana $$$ yang baik daripadanya dengan hanya 1 klik di komputer kita.
Walaupun wujudnya limpahan SPAM di emel tetapi setakat ini , Dhiela masih boleh bertolenrasi cuma Dhiela harap agar ada limitation untuk penghantaran emel dengan subjek yang sama pada hari yang sama. Dhiela tidak pasti adakah anda menghantar emel-emel ini manually tetapi apabila emel yang sama berulangan hingga lebih dari 5 kali berturut-turut ianya telah memberikan satu imej yang kurang baik terhadap niat baik anda. Mungkin apa yang boleh kita lakukan ialah mengemaskinikan emel yang ada dalam simpanan kita agar orang yang sama tidak perlu menerima emel yang sama banyak kali pada hari yang sama. Ianya kelihatan melecehkan tetapi ianya membantu kita dan juga penerima serta menampakkan sesuatu yang sihat tentang peluang yang ingin anda kongsikan.
Memang tidak dinafikan kita mahu penerima membaca emel kita , tetapi limpahan emel seperti itu tidak akan membantu kerana perasaan penerima yang agak ‘marah’ kerana emelnya telah dibanjirkan dengan perkara yang sama sehingga dia terlepas emel-emel yang dianggapnya penting disebabkan inboxnya telah penuh.
Terima kasih kepada ahli-ahli MasterEload Trisha’s Grup, tanpa anda MasterEload Trisha’s Grup tidak akan wujud. Dhiela tidak boleh melakukannya sendirian dan sememangnya anda semua ‘The Best Ever’ … Mari kita teruskan perjuangan kita di MASTERELOAD kerana kejayaan tidak akan bermula tanpa usaha…Juga tak lupa pada warga kerja MasterEload terutama Derek yang selalu pening kepala dengan Dhiela , Dian , NG & Vivian … anda hebat!
Jom Kita Makan Kek … pilihlah yang mana berkenan ya !
Jadi sesiapa yang berminat hendak mempunyai Kedai Prepaid dengan Modal Rendah di mana-mana jua 24/7 , daftar PERCUMA di SINI atau SMS [ME][Nama] ke 013 634 8761.
Promosi Hari Pekerja MASTERELOAD , Yuran Pengaktifan RM15 sahaja dari 1hb Mei – 15 Mei 2009. Apa tunggu lagi ;
1.Daftar PERCUMA SINI
2. SMS [ME][Nama][hp] ke 013 634 8761 untuk prosedur pengaktifan akaun MASTERELOAD anda.












hello….
sy berminat juga…
tp masalahnya sy x kwn yg mau bagi tunjuk ajar…
klu sekadar baca2 ja di laman web sy mcm sukar mau bt hehehe…. mau ckp susah percaya pun ada….
marry , roger Dhiela untuk tunjuk ajar k!