>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

ARTIKEL 28 : Inventori CINTA

Destinasi Impian Untuk Pasangan Yang Dalam Percintaan...

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan ‘tidak’.

Sumber : KOSMO (13 April 2009)

Mencari ‘kenangan’ terbaik dengan si dia? Jom jalan-jalan di RIQZMIE MALL kerana di RIQZMIE MALL , Kebahagiaan Anda Adalah Inspirasi Kami!

Dhiela says : Yang Negatif Tidak Bermakna Ianya Menunjukkan Nasib Kita Malang … Ada seorang teman mengeluh akan kesukarannya untuk mencari cinta bahagia , asyik terputus di tengah jalan sedangkan umur semakin meningkat … Bagi seorang perempuan, melangkaui 30an menandakan sesuatu perlu dilakukan sekiranya ingin berumahtangga. Bukan kerana gelaran andartu tetapi tahap kesuburan dan risiko untuk mengandung pun menjadi faktor yang tidak boleh dipandang remeh.

Apa yang boleh Dhiela bantu? Tidak ada apa-apa … kerana Dhiela bukannya punya ramai kenalan untuk diperkenalkan lagipun menjadi ‘telangkai’ bukannya satu tanggungjawab mudah. Tetapi Dhiela tidak meninggalkannya sendirian di waktu dia memerlukan seorang teman untuk mengadu atau berseronok. Walaupun tidak berbuat apa-apa tetapi Dhiela berusaha menjadi pendengar yang baik untuk beliau.

Berkat kesabarannya, selepas 5 tahun ini semua berlaku , insyallah Mei nanti beliau akan mendirikan rumahtangga dengan insan yang dicintainya … walaupun hampir mencecah pertengahan 30an ..jodoh itu tetap ada, asalkan kita yakin padaNya…dan tidak berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal. Tahniah untuk bakal pengantin Zurida & Shahrul!

Begitu juga dengan seorang lagi teman Dhiela yang menamatkan zaman bujangnya di usia 35. Walaupun sebelumnya nampak mustahil untuk beliau bertemu jodohnya tetapi Dhiela kagum dengan kesabaran & sifat ‘cool’nya yang tidak menghiraukan kata-kata orang…Sekarang , beliau bahagia dengan 2 cahayamata dan suami yang penyayang … walaupun pertemuan & perkenalan mereka singkat tetapi namanya Jodoh …insyallah akan bahagia! Yang penting jangan terburu-buru … masa itu akan tiba ..sekiranya tidak tiba jua …pasti ada anugerah lain dariNya kerana Dia menjanjikan bahagia untuk semua hambaNya asalkan mengikut jalanNya.

Related Posts with Thumbnails

4 comments to ARTIKEL 28 : Inventori CINTA

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>