>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

ARTIKEL 32: Barter Sex – Tukar Daging Untuk Seks

SELEPAS tahap kebijaksanaan atau IQ yang dimiliki oleh seekor cimpanzi didedahkan kepada umum, kini satu lagi penemuan dilakukan mengenai mamalia itu. Penemuan terbaru mendapati cimpanzi mahir dalam sistem tukar barang (barter).

Dalam usaha untuk mendapatkan rundingan yang adil, cimpanzi didapati mengadakan perbincangan sesama sendiri bagi menukar seketul daging untuk mendapatkan seks.

Cimpanzi jantan dikatakan sanggup berkongsi hasil buruannya dengan sekawan cimpanzi yang lain bagi membolehkan dirinya mendekati cimpanzi betina di dalam kawanan tersebut. Dengan hasil pertukaran itu, cimpanzi jantan terlibat akan dibenarkan menjalin hubungan seks dengan cimpanzi betina pilihannya.

Penemuan itu dilakukan oleh Christina Gomes dan rakan-rakannya dari Institut Evolusi Antropologi Max Planck, Jerman. Mereka telah mengadakan kajian di hutan Tai di pesisiran pantai Ivory, barat Afrika. Sambil memerhatikan tabiat dan habitat cimpanzi semasa memburu makanan, kumpulan pengkaji itu turut merekodkan data mengenai aktiviti seks yang berlaku dalam kalangan kumpulan cimpanzi.

“Dengan berkongsi makanan, cimpanzi jantan meningkatkan peluang untuk mengadakan seks dengan cimpanzi betina di dalam kawanan lain. Pada masa yang sama, cimpanzi betina menerima kandungan kalori yang tinggi apabila menikmati makanan yang ditukarkan itu.

“Menariknya, apabila cimpanzi jantan menambah jumlah makanan yang dikongsi, bilangan aktiviti seks yang diadakan dengan cimpanzi betina juga bertambah sekali gus meningkatkan peluang untuk ia menjadi lebih subur,” katanya.

Sementara itu, daging adalah salah satu daripada diet penting dalam kehidupan seharian cimpanzi. Ia tinggi dalam protein.

“Memandangkan cimpanzi betina tidak memburu, sukar baginya untuk mendapat bekalan daging yang konsisten,” ujar Dr. Gomes.

Hipotesis mengenai seks untuk daging telah lama wujud bagi menjelaskan mengapa cimpanzi jantan sanggup berkongsi hasil tangkapan. Bagaimanapun, usaha untuk merekodkan kejadian itu gagal dilakukan sebelum ini.

Pendekatan baru yang digunakan oleh kumpulan Dr. Gomes adalah melihat beberapa petunjuk yang bakal membantu dalam membongkar rahsia evolusi manusia. Beliau mencadangkan agar penyelidikan itu digunakan sebagai asas kepada kajian terhadap hubung kait di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif.

“Penemuan ini benar-benar menarik perhatian saya dan selepas ini, saya ingin mendalami kehidupan seorang pemburu yang bergantung pada hasil tangkapan,” tambahnya.

Sementara itu, Michael Gurven dari Universiti California di Santa Barbara, Amerika Syarikat menyelidik tentang sifat manusia dalam komuniti pemburu di Amerika Selatan. Katanya, perkaitan di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif dapat memberi gambaran yang jelas terhadap cara pemikiran manusia.

Beliau berkata, hasil yang dikumpul daripada penyelidikan itu memberi input kepada proses menjalin ikatan perhubungan sesama manusia dalam tempoh masa yang lama.
“Perbuatan ini tidak diketahui sebelum ini,” katanya.

Chimpanzee - Binatang Yang Dikatakan Cerdik

Chimpanzee - Binatang Yang Dikatakan Cerdik

Sumber : KOSMO

Dhiela says
: Dhiela teringat masa kecil dulu suka sangat menonton siri yang ada menampilkan chimpanzi sebagai watak utama dan heronya pula memandu sebuah trak yang panjang. Dhiela cuba ingat kembali tajuk siri tersebut tapi memori tua ini nampaknya gagal untuk mengimbas kembali kenangan itu … ada sesiapa yang ingat ker?

Related Posts with Thumbnails

2 comments to ARTIKEL 32: Barter Sex – Tukar Daging Untuk Seks

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>