>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

ARTIKEL 59 : Jom Kongsi-kongsi Tip Mempertahankan Diri …

SEBAGAI remaja terutamanya wanita, mereka selalunya terdedah dengan ancaman bahaya ketika berada di luar rumah.

Mereka sering menjadi sasaran perogol, perompak atau penculik.

GOLONGAN wanita mesti tahu serba sedikit mengenai cara mempertahankan diri.

GOLONGAN wanita mesti tahu serba sedikit mengenai cara mempertahankan diri.

Terdapat beberapa tip mudah untuk menggelakkan diri daripada situasi bahaya tersebut.

Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran. Malangnya, ia mungkin tidak memadai.

Sebagai wanita, penting jika mereka tahu cara-cara untuk mempertahankan diri. Walaupun tenaga wanita tidak sekuat lelaki, memadai jika mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika diri diancam bahaya.

Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Jerit sekuat hati

Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.

Jika penjenayah mengacukan senjata seperti pisau atau pistol ke arah anda dari dalam kereta, lari jauh dari kenderaan itu dan pada masa yang sama menjerit. Ia mungkin akan membuat penjenayah melarikan diri.

Gunakan kekuatan tangan

Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.

Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut.

Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati.

Apabila penjenayah tunduk kesakitan, anda boleh lari sambil meminta pertolongan.

GUNAKAN apa sahaja objek yang ada di sekeliling anda untuk mencederakan penjenayah.

GUNAKAN apa sahaja objek yang ada di sekeliling anda untuk mencederakan penjenayah.

Teknik ‘kunci kaki’

Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.

Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya.

Jangan panik

GUNAKAN apa sahaja objek yang ada di sekeliling anda untuk mencederakan penjenayah.

Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.

Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah.

Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata.

Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan.

Penyembur mata

Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.

Gunakan apa juga objek

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.

Jangan mudah menyerah kalah

Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederakan.

Sumber : KOSMO!

Dhiela says : Hehehe … teringat dulu-dulu pernah gak nk belajar ilmu mempertahankan diri tapi akhirnya impian tinggal impian … apa yang Dhiela lakukan ialah elakkan bersendirian apabila keluar dan elakkan jalan pintas yang sunyi selain daripada sentiasa membaca ayat-ayat suci seperti Al-Kursi untuk perlindungan! Nak melawan memang konpem Dhiela akan kalah sebelum berjuang jadi elakkan seberapa boleh itu sahaja yang Dhiela boleh lakukan …

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>