ARTIKEL 60 : Mengapakah Anak-anak Ini Menjadi Mangsa Keganasan Pembantu Rumah ?

Hari ini , seperti rutinnya Dhiela wajib melayari laman-laman web akhbar online Harian Metro , Utusan Malaysia , Berita Harian & KOSMO membaca berita-berita selain daripada mencari bahan-bahan untuk Dhiela Dot Com.

Tujuan utama Dhiela menulis tentang ini bukan kerana untuk memburukkan sesiapa atau menuding jari menyalahkan sesiapa sekadar perkongsian untuk memastikan cerita sebegini tidak berlarutan dan masalah ini boleh dikekang atau diatasi ibarat ‘menarik rambut di dalam tepung , rambut tidak putus tepung tidak berselerak’ sebab kita mahu mencari penyelesaian!

Ceritanya sama dengan mangsa , suspek dan tempat berbeza … membacanya membuatkan jiwa seorang ibu seperti Dhiela pastinya tersentuh memikirkan penderitaan & kesakitan yang dialami oleh kanak-kanak ini akibat keganasan pembantu rumah mereka!

Kisah Pertama :

Di Berita Harian ; tajuk ” CCTV rakam amah hempas bayi ke lantai ” berlokasi di TANJUNG MALIM: Seorang pembantu rumah bagai dirasuk syaitan apabila sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyentap kaki anak majikannya baru berusia setahun lapan bulan yang sedang nyenyak tidur atas katil lalu menghempasnya ke lantai sebelum menghumbannya ke ruang tamu, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang di Jalan Kempas, Bandar Proton, dekat sini, pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an terbabit didakwa menghumban bayi, Allysa Idrina Azizan ke ruang tamu dengan menarik rambutnya sehingga kedua-dua kaki mangsa terangkat.

Ketika kejadian, hanya mangsa dan adik lelakinya yang baru berusia tujuh bulan berada di rumah, manakala ibu bapa mereka belum pulang kerja.

Akibat perbuatan itu, mangsa cedera parah di muka dan pipi serta pendarahan di mata kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan kejam pembantu rumah terbabit dibongkar ibu mangsa yang terkejut sebaik melihat muka dan pipi anaknya lebam manakala mata kanannya berdarah sejurus pulang dari kerja pada malam kejadian.

Beliau berkata, ibu mangsa yang bekerja di Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) di sini, memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan, sebelum membawa mangsa ke sebuah klinik dengan ditemani pembantu rumahnya itu, Lilis Paridawati, 30, dari Bandung, Indonesia.

“Hasil pemeriksaan awal, doktor mengesahkan kecederaan pada muka Allysa disebabkan dia terjatuh atau terhempas pada permukaan keras sehingga menyebabkan muka dan pipi serta bola matanya cedera.

“Perbuatan pembantu rumah itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa meneliti rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya pada malam sama.

Cerita lanjut di SINI

Kisah Kedua :

KOSMO ; tajuk : ” Amah bubuh sabun dalam susu bayi ” berlokasi di SINGAPURA – Seorang pembantu rumah Indonesia, Titin Agustiana dihukum penjara tiga tahun kerana membubuh bahan pencuci dalam susu anak majikannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang wanita memasukkan susu dalam sebuah botol. - Gambar hiasan

Seorang wanita memasukkan susu dalam sebuah botol. - Gambar hiasan

Tertuduh semalam mengaku bersalah apabila didapati meletakkan bahan itu dengan niat untuk mencederakan dua bayi kembar lelaki berusia 30 bulan pada 11 Ogos lalu.

Mahkamah diberitahu, Titin, 24, sengaja berbuat demikian akibat berasa marah terhadap majikannya yang selalu berleter kerana dia melakukan kerja rumah dengan tidak memuaskan.

Titin membancuh serbuk pencuci di dalam tepung susu itu dengan harapan majikan tidak memarahinya kerana memberi lebih perhatian kepada anaknya. – Agensi

Kisah Ketiga : Video daripada BeautifulNara yang menunjukkan bagaimana kejamnya pembantu rumah tanpa perikemanusiaan menendang , memijak & berdiri di atas anak majikannya yang masih kecil. Dhiela difahamkan pembantu rumah ini telah dibicarakan dan didapati bersalah dan sekarang sedang menjalani hukumannya.

Dhiela says : Mulanya Dhiela terpempan seketika bila membaca & melihat video , bayangkan traumanya kanak-kanak itu dan kecederaan yang pastinya akan meninggalkan parut buat selama-lamanya dan mungkin juga kecacatan kekal yang tidak akan kembali seperti asal walaubagaimanapun kita berusaha mencari penyembuhnya … Tindakan bijak ibubapa memasang CCTV banyak membantu pihak polis mengambil tindakan terhadap pelakunya … Terlalu kerap kanak-kanak menjadi mangsa dan apakah yang akan berlaku pada kanak-kanak ini bila meniti usia dewasa ? Mungkinkah mereka akan membawa rasa takut ini sampai akhir hayat ?

Dhiela memahami ibubapa memilih untuk terus bekerja bagi memastikan anak-anak mendapat segala-galanya yang terbaik untuk mereka dan sementelahan di zaman ini wang merupakan perkara penting dan asas kepada segala-galanya … Namun begitu , ianya bukan pilihan mutlak atau tunggal kerana alternatif masih tersedia seperti memasang CCTV atau meninggalkan pembantu rumah bersama orang dewasa lain yang boleh kita percayai untuk memantau gelagat pembantu rumah atau mencari peluang-peluang buat duit dari rumah , klik SINI seperti yang Dhiela lakukan sejak bergelar isteri dan ibu.

Apapun pilihan itu tetap ada dan jangan sempitkan pemikiran kita seolah-olah kita tiada jalan lain lagi … Kita hidup dalam komuniti , masih ada jiran-jiran yang prihatin yang boleh dipercayai yang sedia membantu di kala kita kesusahan ….

Recent Entries

Leave a Reply

Blog Widget by LinkWithin