ARTIKEL 61 : Pengantin Jutawan

“DEDAUNAN yang ada begitu indah dan mentari bersinar cerah. Segala-galanya sempurna,” tulis Ivanka Trump di blog mikro terkenal, Twitter, mengenai detik paling bermakna dalam hidupnya — setakat ini — pada 25 Oktober lalu.

Pada hari itu, Ivanka disahkan sebagai isteri jutawan dan penerbit akhbar The New York Observer, Jared Kushner.

Bertempat di kelab golf peribadi seluas 205 hektar milik bapanya di Bedminster, New Jersey, 500 tetamu, termasuk bintang filem kelas A, pewaris empayar Trump itu disatukan dalam majlis mengikut istiadat Yahudi ortodoks.

Ivanka, 28, adalah ahli perniagaan, model, dan lebih penting, anak kepada Donald Trump yang memiliki empayar perniagaan pembangunan hartanah Amerika Syarikat.

Ketika ini Ivanka adalah Naib Presiden Pembangunan dan Pemilikan The Trump Organization.

Ivanka juga menjadi hos bersama rancangan realiti televisyen, Celebrity Apprentice.

Di majlis penuh kemewahan yang turut dihiasi kek perkahwinan 13 tingkat itu, Ivanka tampil dengan gaun inspirasi perkahwinan Grace Kelly dengan Putera Rainier Monaco pada 1956.

Menurut sumber, Ivanka memilih sendiri lokasi perkahwinan itu.

Ivanka Trump & Jared Kushner.

Ivanka Trump & Jared Kushner.

“Dia bertegas mahu melangsungkan perkahwinan di atas tanah bapanya,” katanya.

Sumber berkata, Ivanka sentiasa mengimpikan majlis elegan tetapi tebal dengan sifat-sifat tradisional.

Mengenakan gaun putih rekaan Vera Wang dan sejambak bunga sambil diiringi bapanya, Ivanka mengatur langkah sambil disaksikan tetamu khas.

Di tubuhnya juga dihiasi berlian dan platinum daripada koleksi Ivanka Trump Fine Jewellery Collection bernilai lebih RM897,000, termasuk anting-anting bernilai RM440,000 dan rantai tangan RM304,650.

Ivanka yang beramal dengan ajaran Judaisme berdiri di sebelah Kushner di bawah khemah berhias bagi melengkapkan keindahan persekitaran berlatar deretan gunung dan musim luruh.

Antara tetamu yang hadir adalah ibu kandung Ivanka, Ivana; pengarang majalah Vogue, Anna Wintour; pelakon, Russell Crowe; Natalie Portman dan Emmy Rossum, selain wartawan legenda, Barbara Walters.

Tugas membawa cincin perkahwinan diberi kepada adik tiri Ivanka, Barron (lahir hasil perkahwinan Trump dengan model Slovenia, Melania Knavs).

Selepas pasangan Ivanka — Kushner disahkan sebagai suami isteri, tetamu diraikan dalam majlis koktail yang penuh kemewahan.

Turut disediakan, kek setinggi hampir 1.8 meter ciptaan khas tukang kek terkenal, Sylvia Weinstock.

Ia dihasilkan dengan pelbagai perisa, termasuk lobak merah dan almond, bagi memenuhi selera orang ramai.

Setiap lapis kek itu dihiasi dengan corak pelbagai jenis bunga.

Kata Trump, dia akan mengenang majlis itu sepanjang hayatnya.

Perjalanan majlis itu dijayakan perancang perkahwinan, Preston Bailey, yang turut menguruskan majlis sama untuk Trump dan Melania pada 2005.

Bagi Bailey, majlis perkahwinan Ivanka – Kushner dianggap tugasan terpenting pernah dikendalikannya.

Di Twitter, Bailey menulis: “Hampir selesai menguruskan perkahwinan Ivanka. Tidak diragui, ia adalah tugasan paling elegan pernah dilakukan.”

Kushner dan Ivanka bertunang pada Julai.

Bagi Ivanka, jutawan berusia 28 tahun itu adalah pasangan paling sesuai untuknya.

“Kushner adalah sahabat sejati. Saya membiarkan dia melihat diri sebenar saya dan dia tetap mencintai saya. Dia manusia yang sungguh baik dan wira saya,” katanya.

Mereka bertemu kali pertama hampir tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, sebagai ahli perniagaan, majlis perkahwinan itu bukanlah masa untuk bersantai lama-lama.

Dua hari kemudian, Ivanka hadir ke pejabat untuk bekerja.

“Terima kasih kepada semua pihak. Saya sangat menghargainya. Kini saya kembali bekerja, tetapi memori itu akan kekal abadi,” kata Ivanka di Twitternya. — Agensi

Dhiela says : Perkahwinan merupakan fasa baru dalam kehidupan dan sememangnya besar atau kecil majlis ianya pasti diraikan dengan meriah.

Recent Entries

Leave a Reply

Blog Widget by LinkWithin