Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.
Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.
Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.
Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.
# Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.
# Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru.
Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.
# Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
# Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.
# Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.
Sumber : Harian Metro
Dhiela says : Ibarat kata Allahyarham P.Ramlee ‘Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri …’ jadi Dhiela rasa Dhiela hanya menipu diri sendiri kalau Dhiela mengatakan sejak mendirikan rumahtangga 5 tahun yang lalu , tidak pernah sekali pun Dhiela bertengkar dengan hubby hehehe … tapi setakat ini setiap kali wujud perselisihan pastinya tidak berlarutan kerana sebelum berkahwin lagi Dhiela dan hubby sudah mempraktikkan tidak suka membiarkan ketegangan berlanjutan sehingga melebihi 24 jam … lagipun Dhiela pula jenis yang bila dah diluahkan apa yang terbuku di hati senang disejukkan … tak suka simpan lelama .. alhamdullilah cara Dhiela itu boleh diterima dengan baik oleh hubby … jadi sebelum masing-masing tidur pada malamnya apa jua yang masalah berbangkit mesti diselesaikan !
Yang tak beshnya … Dhiela tak reti merajuk … uwaaaaa setiap kali Dhiela merajuk sure kena gelak ngan hubby … bukannya dia nak pujuk dok sakat Dhiela lagi ada lah … huh … last-last Dhiela pun tak jadik majuk … satu lagi , dari dulu Dhiela memanggil hubby ‘Abang’ manakala hubby pula memanggil Dhiela ‘Sayang’ dan sentiasa membahasakan diri masing-masing dengan panggilan itu tidak kira bagaimanapun situasinya … Dhiela percaya kata-kata itu doa jadi bila bertengkar macamana pun tetapi sebab “panggilan diri” itu berbentuk positif insyallah pertengkaran itu akan menjadi perkara yang positif juga … tips yang sama juga Dhiela kongsikan dengan ipar duai Dhiela … mungkin ada teman-teman yang menggunakan kaedah yang sama .. marilah kongsi-kongsikan!










Setiap manusia memiliki karakter dan sifat yang berbeda. sehingga dalam hubungan antar manusia sering mengalami gesekan pemikiran atau gesekan sikap atau tingkah laku. kadangkala berujung pada pertengkaran. Apa lagi dalam hubungan keluargan. Dari latar belakang yg berbeda kemudian hidup dalam satu rumah. perselisihan itu mesti ada. itu sebuah kemestian. Sudah pasti. Kedewasaan berpikir dan kematangan emosilah yang bisa membantu ut menyelesaikan perselisihan itu dengan baik.
Semoga anda menjadi bahagia selalu.
terima kasih bung jamil … yup seharusnya kematangan dalam meniti usia membolehkan kita menangani perselisihan dengan cara lebih baik dan mengawal emosi kita dengan cara lebih tersusun ….