>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

Kadang-kadang Kita Terlupa Bila Terlalu Asyik Fikir Hendak Buat Kebaikan ….


> Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

>
> Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan
> dikagumi ialah Dato’ Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
> beliau…
>
> Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
> dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:
>
Mosque At Night

Mosque At Night

> 1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
> makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
> berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
> penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan
> utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan
> jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat
> tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
>
>
> 2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
> solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak
> mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu
> syumul (menyeluruh).
>

> 3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
> Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
> dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM
> hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di
> sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang
> yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka
> tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak
> baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung
> dengar…rasa2 macam dapat
> pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran
> sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca
> al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak
> sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5
> minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk
> bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please
> advise..
>

> 4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
> disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam
> sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu
> baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
>

> 5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
> ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
> niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
> tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
> sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri
> sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,
> tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan
> susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah
> berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia
> sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula
> dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat
> anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat
> dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan
> solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi
> kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
> dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..
>

> 6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
> dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan
> syakirin”.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya
> salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di
> setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:
> “Hamdal-hamidin”, “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”.. (p/s: huruf z
> adalah huruf zal).
>

> 7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
> ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
> kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
> sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah
> dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
> ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
>
> Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
> diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
> siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
> akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg
> kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
>

> 8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
> rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
> selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah
> lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana
> Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..
>

> 9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
> contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita
> solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah
> nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape
> la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
> menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
> sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R
> ramai orang camni..
>

> 10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
> kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak
> pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
> perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
> utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..
>

> 11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
> kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
> utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah,
> tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan
> tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah
> tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun
> selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat
> ba’diah zohor boleh…kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu
> pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..
>

> Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
> menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita
> gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2
> sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..
>

> Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak
> dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa…..
> Renung-renungkanlah…

Dhiela says : Artikel ini Dhiela petik dari seorang teman di forum … seronok sedap didengar oleh kita mungkin tidak sama apa yang dirasai oleh orang lain … bersederhana adalah jalan terbaik …

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>