>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

Renungan Jumaat : Ayat al-Quran pada kulit bayi

MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebahagian ayat al-Quran pada kulit Ali.

Sebahagian ayat al-Quran pada kulit Ali.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Madina mendukung anaknya, Ali.

Madina mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Sepotong ayat al-Quran pada peha Ali.

Sepotong ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

“Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,” kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. – Agensi

Sumber : KOSMO!

Dhiela says :
Nauzubillah … alhamdulillah …betapa besarnya kuasaNya … walaupun pelbagai andaian diberikan untuk menjustifikasikan apa yang berlaku namun Dhiela tidak dapat mengelakkan diri daripada merasai keinsafan tidak terhingga melihat kebesaranNya … di Malaysia pun sejak-sejak akhir boleh dikatakan agak kerap cerita Sejadah Bersolat dan teknologi memungkinkan semuanya dirakamkan terus dan agak sukar hendak dipertikaikan …. tak putus-putus Dhiela mengucapkan syukur pada Illahi kerana berpeluang lahir sebagai muslim dan insyallah akan menghembuskan nafas terakhir sebagai seorang muslim juga … sememangnya Islam Itu Indah Dan Mengasyikkan …. amin3x!

Related Posts with Thumbnails

5 comments to Renungan Jumaat : Ayat al-Quran pada kulit bayi

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>