>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

ARTIKEL 98 : Luka Bersalin Menyebabkan Kemurungan

KATA orang tua-tua, wanita perlu berpantang kerana proses mengandung dan bersalin menuntut tenaga dan perubahan yang bukan sedikit kepada organ tubuh.

a kiss from a mother

Kasih sayang ibu tidak ternilai harganya ...


Menurut Pakar Runding Obstetrik Ginekologi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Fauziah Mohd Hassan, perubahan itu melibatkan organ-organ seperti organ reproduktif (vulva, faraj, servik, ovari dan rahim), tulang dan sendi-sendi terutama pada tulang belakang serta pelvis.

“Perubahan yang agak ketara juga berlaku pada kulit, muka dan perut ibu. Payu dara juga akan membengkak. Kulit di bahagian puting (areola) berwarna gelap.

“Berlaku juga perubahan pada sistem kardiovaskular (jantung), darah dan komponennya, pernafasan, perkumuhan buah pinggang, usus, penghadaman dan metabolisme,” katanya kepada Kosmo!.

“Lazimnya, perubahan berlaku dengan cepat sejurus kelahiran. Sebagai contoh, saiz rahim yang begitu besar ketika hamil sembilan bulan akan terus mengecut ke paras bawah pusat dengan anggaran berat kira-kira 900 gram (saiz lima bulan hamil). Proses pengecutan ini menyebabkan kesakitan,” katanya.

Luka episiotomi

Jelas Fauziah, servik akan tercedera semasa proses kelahiran bayi. Oleh itu, lubang servik bagi ibu-ibu yang telah melahirkan anak secara normal berbentuk melintang, manakala yang belum pernah melahirkan anak secara normal berbentuk titik. Lubang servik ini akan mengecut dalam masa seminggu selepas bersalin jika tiada jangkitan.

Selain itu, wanita yang bakal melahirkan anak juga akan berdepan dengan luka episiotomi.

Luka episiotomi terhasil melalui potongan yang dilakukan di kawasan perineum sewaktu proses bersalin bagi tujuan menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi.
Continue reading ARTIKEL 98 : Luka Bersalin Menyebabkan Kemurungan

ARTIKEL 96: Kemujaraban Bawang Putih

Bawang putih memang boleh dikatakan perencah penting dalam masakan. Tetapi ianya tidak setakat itu sahaja kerana bawang putih juga mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Beberapa ketul bawang putih menambah rasa dan manfaat kesihatan kepada makanan kita. Biasanya , kita memasukkan bawang putih ke dalam minyak panas sebelum meletakkan bawang mera untuk rasa lebih sedap.

Garlic

Perencah wajib masakan Melayu & Cina

Di antara beberapa khasiat bawang putih yang diperolehi daripada individu dan juga internet ialah :
Continue reading ARTIKEL 96: Kemujaraban Bawang Putih

ARTIKEL 95 : Masih relevankah proses berpantang 44 hari?

bengkung

Kaedah Tradisional Untuk Kempis Perut

NORSHAZUANIE Shamsuidin, 27, sudah mula bosan kerana terpaksa berpantang makan setiap hari. Hanya menu ikan bilis atau ikan tenggiri goreng yang dimasak dengan lada hitam atau halia menjadi pengalas perut.

Jika ada yang lain pun, ibunya cuma akan menukarkan menu goreng tadi menjadi sup. Menu tersebut akan diulangi selama 44 sepanjang dia berpantang selepas bersalin.

Buat kali pertama, Norshazuanie menjadi ibu dan perlu menjalani proses pemulihan selepas bersalin. Amalan-amalan tegar seperti itu bukan satu kebiasaan kepadanya.
Continue reading ARTIKEL 95 : Masih relevankah proses berpantang 44 hari?

Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails