ARTIKEL 65 : Tips Hilangkan Bau Badan Secara Semulajadi

Pernah Tak Kita Mengalami Situasi Begini?

Pernah Tak Kita Mengalami Situasi Begini?

1. Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.

2. Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.

3. Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci bahagian ketiak.

4. Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.

5. Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.

6. Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.

7. Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.

8. Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak esen itu ke dalam 0.02 liter air.

9. Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.

10. Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.

11. Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.

12. Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.

Dhiela says :Rasanya ramai yang mempunyai dilema ini lebih-lebih lagi sekiranya kita jenis mudah dan kuat berpeluh … apa salahnya kita mencuba tips yang diberikan memandangkan jenama deodorant yang ada di pasaran banyak diragui akibatnya daripada penggunaan secara berterusan … :)

December 20th, 2009 by Dhiela | No Comments »

ARTIKEL 64 : Apa Yang Kita Tahu Tentang Gila Meroyan?

Seorang wanita yang mengalami masalah gila meroyan!

Seorang wanita yang mengalami masalah gila meroyan!

Kelahiran anak tersayang merupakan saat-saat mendebarkan, yang dinantikan oleh sepasang kekasih yang baru mendirikan rumahtangga. Anak merupakan penyambung kasih antara dua insan yang bakal bergelar ibubapa. Namun, banyak perkara yang perlu ditempuhi dalam mengharungi dunia baru ini yang boleh menyebabkan stress kepada mereka.

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Gangguan emosi ini sebenarnya mempunyai spektrumnya tersendiri dari perubahan emosi yang tidak merbahaya atau dikenali sebagai postpartum baby blues sehinggalah penyakit mental yang serius , dikenali sebagai postpartum depression dan postpartum psychosis .

PENYEBAB GANGGUAN EMOSI SELEPAS BERSALIN

Penyebab sebenar gangguan psikologi selepas bersalin adalah tidak diketahui. Walaubagaimanpun telah banyak kajian dibuat yang menunjukkan interaksi antara masalah fizikal , masalah psikologi dan masalah sosial sama-sama menyebabkan gangguan emosi ini.

Secara fizikalnya, semasa mengandung, bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron meningkat tetapi juga corticotrophin releasing hormone (CRH) dan hormon kortisol yang terlibat dalam mengawal stress juga meningkat. Sebaik sahaja kelahiran berlaku, hormon ini akan menurun dengan mendadak. Selain daripada itu ibu-ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payu dara yang membengkak, penyusuan bayi susuk tubuh yang tidak lagi menarik, masalah semasa mengandung, masalah kelahiran , fizikal anak itu sendiri dan lain-lain lagi.

Secara psikologinya pula, peralihan kehidupan menjadi seorang ibu, tanggungjawab keibubapaan, kehilangan kebebasan hidup seperti sebelum mempunyai anak dan bayak masalah psikologi lain membelenggu bukan sahaja ibu-ibu tetapi juga si suami yang menjadi peyokong kuat kepada yang melahirkan anak.

Interaksi fizikal dan psikologi ini diburukkan lagi jika dengan masalah social seperti ibu-ibu tanpa suami, ibu remaja , masalah kewangan, masalah kekeluargaan danlain-lain lagi.

POSTPARTUM BABY BLUES

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Ia boleh berlaku dari 60%- 80% ibu-ibu yang melahirkan anak. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ke tiga hingga hari ke lima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sedia kala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza.

Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan. Kesukaran untuk tidur lena dan perubahan selera makan berlaku (kurang selera makan atau sebaliknya). Mereka mudah merasa tertekan, cepat marah, risau dan mudah menangis atau sedih tanpa sebab yang jelas.

Pakar berpendapat perubahan fizikal seperti perubahan hormon yang ketara, perubahan susuk badan seperti payu dara yang membengkak menyebabkan ketidaselesaan , tidak cukup tidur dan kekurangan tenaga berperanan sebagai salah satu penyebab postpartum blues . Selain daripada itu faktor emosi seperti kurang sokongan daripada suami, fikiran risau dan bimbang sama ada mereka akan menjadi ibu yang baik, menyesuaikan diri dengan kehidupan baru and memikirkan tanggung jawag keibubapaan secara tidak langsung menyebabkan perubahan emosi ini. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi ini tidak perlu risau kerana ia hanyalah perubahan sementara. Tetapi jika ia bertambah buruk dan berpanjangan gangguan psikologi seperti kemurungan selepas bersalin mungkin berlaku.

Berikut adalah tips untuk membantu masalah ini.

1) Buat persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibubapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
2) Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami , ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika anda merasa tertekan.
3) Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
4) Rehat yang cukup adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang
5) Beri masa untuk diri anda sendiri.
6) Diet dan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.

KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM DEPRESSION)

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan daripada pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu-ibu yang melahirkan anak atau 10% hingga 20% daripada ibu-ibu ynag mengandung. Ia berlaku lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

Ibu-ibu yang mengidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues. Secara psikologinya , ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengalami perasaan sedih yang berterusan sepanjang hari dalam jangkamasa yang panjang. Mereka merasa kehidupan seharian tidak bahagia atau ceria lagi walaupun telah menimang cahaya mata. Mereka sering menangis dan merasa resah. Perasaan rasa tidak berguna, tidak bersemangat dan rasa bersalah menyelubungi kotak fikiran mereka. Mereka tidak dapat lagi menumpukan perhatian dan mudah lupa semasa melakukan kerja seharian. Selera makan berkurangan dan tidur yang tidak mencukupi. Gejala ini jika tidak dirawat boleh berterusan sehingga satu atau dua tahun dan bertukar menjadi psikosis selepas bersalin

PSIKOSIS SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM PSYCHOSIS)

Psikosis selepas bersalin atau Postpartum Psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan masalah psikosis paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasinya yang lebih mirip kepada masalah emosi dan prognosis yang lebih baik.

Di kalangan seribu ibu-ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang daripada mereka (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin.

Ia biasanya bermula 3 hingga 5 hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran. Namun ada kajian mendapati ia boleh berlaku beberapa jam selepas bersalin. Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Namun terdapat percanggahan di kalangan pakar tentang tempoh ini. Bulan awal kelahiran merupakan waktu yang kritikal dan ramai wanita yang mengidap psikosis selepas bersalin mengalami psikosis yang ketara pada waktu ini .

Gejala psikosis selepas bersalin bermula dengan gagguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang, Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang mengidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosis yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu , bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka (50%) mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusion. Mereka mempunyai kepercayaan yang karut tentang bayi yang baru dilahirkan. Ada di kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayi tersebut cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Terdapat juga pesakit yang mempunyai kepercayaan karut seperti mendakwa mereka tidak pernah mengandung, diri diperkosa, rahim mereka tercedera dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka ( 25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut malahan 4% daripada mereka cuba membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri .Kadar bunuh diri di kalangan ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi sehingga mencecah 5%.

Gejala psikosis selepas bersalin ini boleh berulang sehingga 25%-75% daripada mereka yang telah mendapat penyakit ini akan mendapat gejala tersebut pada kelahiran seterusnya. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik berbanding psikosis lain seperti schizophrenia.

FAKTOR RISIKO GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN

1) Mempunyai sejarah penyakit mental
Wanita yang pernah mengalami penyakit mental seperti bipolar disorder, depressive disorder atau psikosis selepas bersalin sebelumnya lebih berisiko .

2) Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai sakit mental
Lebih kurang 50% daripada ibu yang terlibat mempunyai sejarah keluarga dengan masalah emosi seperti kemurungan.

3) Melahirkan anak pertama ( Primaparity)
Wanita yang melahirkan anak buat pertama kali adalah dua kali ganda berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin. Mereka yang masih muda dan mentah mempunyai kurang pengalaman menghadapi stress dalam penjagaan anak, mengurus diri semasa berpantang dan tekanan kehidupan baru sebagai ibu.

4) Komplikasi semasa mengandung
Ibu yang mempunyai komplikasi semasa mengandung seperti perdarahan, kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin.

5) Komplikasi semasa melahirkan anak
Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan anak sepertikelahiran pramatang, kelahiran songsang (breech delivery), pembedahan caesarian, tali pusat terbelit, bayi yang lahir bermasalah seperti cacat atau kematian bayi dan sebagainya berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin

6) Masalah Sosial
Ibu yang mempunyai masalah sosial seperti ibu-ibu yang melahirkan anak tanpa berkahwin, ibu-ibu tunggal yang telah berpisah tanpa sokongan suami juga berisiko. Di samping itu masalah seperti kekurangan wang, pergaduhan suami isteri , pertelingkahan dengan mertua dan lain-lain masalah kehidupan meyebabkan ibu-ibu stress dan berisiko untuk psikosis selepas bersalin.

KESAN NEGATIF GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN

Ibubapa berperanan penting dalam mendidik anak dan bertindak sebagai perantara pertama antara kehidupan anak dengan alam sekeliling. Ia bermula dari dalam kandungan ,awal kelahiran dan sehinggalah anak membesar. Anak-anak belajar daripada interaksi yang berlaku antara ibubapa dengan mereka. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga bayi yang baru dilahirkan. Berikut adalah antara kesan negatif tersebut:

1) Perkembangan bayi terbantut
Kajian menunjukkan gangguan psikologi ibu selepas bersalin boleh menyebabkan gangguan perkembangan kognitif seperti perkembangan IQ dan perkembangan bahasa atau pertuturan anak atau bayi yang dilahirkan

2) Perubahan tingkahlaku anak
Ibu yang mengalami kemurungan atau psikosis tidak dapat lagi memberi perhatian kepada anak yang baru di lahirkan. Jika masalah ini berlanjutan gangguan tingkahlaku anak juga akan berlaku. Ia lebih ketara di kalangan ibu-ibu yang mendapat penyakit ynag berulang.

3) Kes bunuh diri dan membunuh anak (infanticide)
Di peringkat yang teruk 5% daripada ibu yang mengalami gangguan mental ini boleh membunuh diri sendiri dan 4% daripada mereka membunuh anak yang dilahirkan. Kebanyakannya adalah disebabkan gangguan psikosis yang dialami.

4) Kualiti kehidupan dan aktiviti seharian ibu, anak dan keluarga terjejas
Disebabkan gejala kemurungan dan psikosis ini kualiti kehidupan dan aktiviti seharian bukan sahaja pesakit yang terlibat tetapi juga anak dan keluarga juga terjejas. Kebahagiaan yang digambar dengan kelahiran anak bertukar menjadi huru hara.

RAWATAN

Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius . Implikasi terhadap pesakit dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan baik. Ia tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.

Langkah pencegahan

1) Dapatkan keluarga yang memahami, membantu anda dan persekitaran yang tenang semasa mengandung dan selepas bersalin.

2) Sebagai langkah awal sebelum ia berlaku, wanita yang telah pernah mengidap penyakit ini perlu mendapat rawatan daripada pakar psikiatri. Laporkan kepada bidan yang bertugas di klinik antenatal bahawa anda pernah mengalami kemurungan , psikosis selepas bersalin atau gangguan mental yang lain.

3) Pakar psikiatri mungkin perlu memulakan ubat-ubatan yang selamat sebagai langkah pencegahan kepada pesakit yang telah mempunyai sejarah penyakit mental.

Sokongan Keluarga

1) Keluarga terutama suami perlu memberi sokongan kepada ibu-ibu yang berisiko dan mereka yang mengalami psikosis selepas bersalin.
2) Elakkan percanggahan pendapat , pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stress pesakit.
3) Bantu pesakit menguruskan diri semasa berpantang.
4) Fahami masalah psikologi selepas bersalin
5) Membantu penjagaan bayi yang baru dilahirkan jika didapati pesakit tidak mampu dan membahayakan

Rawatan Kepakaran

1) Pesakit perlu dimasukkan di hospital jika tiada sokongan keluarga dan didapati merbahaya kepada diri sendiri atau bayi dan orang sekeliling.
2) Perbincangan dengan pakar psikiatri untuk memulakan ubat-ubatan seperti ubat untuk psikosis dan kemurungan. Berbincang juga mengenai kebaikan dan komplikasi ubat-ubatan tersebut. Terdapat juga alternatif lain seperti rawatan elektrokonvulsif jika ia dirasakan perlu.
3) Bayi boleh diberi penyusuan jika pesakit tidak merbahaya dan ubat-ubatan tidak memberi komplikasi serius kepada bayi yang disusui. Perbincangan dengan pakar amat penting.
4) Perbincangan dengan pakar psikologi untuk menangani masalah sosial yang dihadapi oleh pesakit, keluarga dan cara-cara menguruskan stress.

Sumber : Fahami Psikologi & Psikiatri

Dhiela says : Dhiela tertanya-tanya semakin kerap kisah gila meroyan disiarkan di akhbar adakah kerana semakin ramai yang mudah tertekan semasa berpantang atau media sekarang semakin rajin mensensasikan kisah sebegini? Pastinya tiada penjelasan jelas tentang gila meroyan ini cuma Dhiela tahu bahawa di US alasan ini digunapakai semasa di mahkamah … agak sukar untuk kita mengelakkannya kerana ianya tiada bersiren tetapi mungkin pencegahan akan membantu … sayangi ibu sayangi isteri … 9 bulan mengandung membawa perut yang beratnya melebihi 9 kg dari berat normal bukannya satu perkara mudah dan boleh dipandang remeh! Tahniah Ibu-ibu Semua .. Anda Mampu Mengoncangkan Dunia!

December 14th, 2009 by Dhiela | No Comments »

ARTIKEL 63 : Pertengkaran Boleh Mengeratkan Hubungan?

KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.

Pasangan Suami Isteri Yang Sedang Bertengkar

Pasangan Suami Isteri Yang Sedang Bertengkar

Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.

Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.

Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.

Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.

Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.

  • Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:
  • # Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan.

    Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.

    # Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.

    Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru.

    Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.

    # Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

    # Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.

    # Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.

    Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.

    Sumber : Harian Metro

    Dhiela says : Ibarat kata Allahyarham P.Ramlee ‘Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri …’ jadi Dhiela rasa Dhiela hanya menipu diri sendiri kalau Dhiela mengatakan sejak mendirikan rumahtangga 5 tahun yang lalu , tidak pernah sekali pun Dhiela bertengkar dengan hubby hehehe … tapi setakat ini setiap kali wujud perselisihan pastinya tidak berlarutan kerana sebelum berkahwin lagi Dhiela dan hubby sudah mempraktikkan tidak suka membiarkan ketegangan berlanjutan sehingga melebihi 24 jam … lagipun Dhiela pula jenis yang bila dah diluahkan apa yang terbuku di hati senang disejukkan … tak suka simpan lelama .. alhamdullilah cara Dhiela itu boleh diterima dengan baik oleh hubby … jadi sebelum masing-masing tidur pada malamnya apa jua yang masalah berbangkit mesti diselesaikan !

    Yang tak beshnya … Dhiela tak reti merajuk … uwaaaaa setiap kali Dhiela merajuk sure kena gelak ngan hubby … bukannya dia nak pujuk dok sakat Dhiela lagi ada lah … huh … last-last Dhiela pun tak jadik majuk … satu lagi , dari dulu Dhiela memanggil hubby ‘Abang’ manakala hubby pula memanggil Dhiela ‘Sayang’ dan sentiasa membahasakan diri masing-masing dengan panggilan itu tidak kira bagaimanapun situasinya … Dhiela percaya kata-kata itu doa jadi bila bertengkar macamana pun tetapi sebab “panggilan diri” itu berbentuk positif insyallah pertengkaran itu akan menjadi perkara yang positif juga … tips yang sama juga Dhiela kongsikan dengan ipar duai Dhiela … mungkin ada teman-teman yang menggunakan kaedah yang sama .. marilah kongsi-kongsikan!

    December 9th, 2009 by Dhiela | 2 Comments »

    Peraduan Cantik2U Disember 2009 – Cool Prizes To Be Won

    Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi Disember 2009 Di Cantik2U

    Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi Disember Ini Di Cantik2U

    CONTEST CANTIK2U DISEMBER 2009:

    Hadiah Utama : LENOVO S10

    Hadiah Kedua : Handphone Sony Ericsson (S500)

    Hadiah Ketiga : Digital Camera

    Hadiah Keempat : Vakoou Amerika

    PROMOSI 3 + 1 Miracle Flusk Cantik2U Dilanjutkan Ke Disember 2009 – Dapatkan Sekarang Untuk Untung & Jimat !

    Info Lanjut ; Klik SINI

    Pra-daftar PERCUMA ; Klik SINI

    Testimonial ; Klik SINI

    December 8th, 2009 by Dhiela | No Comments »

    Promosi Jimat & Untung Miracle Flusk Cantik2U Kembali Lagi!!!

    Promosi Beli 3 Dapat 1 PERCUMA Miracle Flusk Cantik2U Disember 2009

    Promosi Beli 3 Dapat 1 PERCUMA Miracle Flusk Cantik2U

    Tempoh Promosi : Sehingga 31 Disember 2009
    Syarat : Pembelian Mesti Dibuat Dengan 1 Invois Sahaja

    Kenapa Jimat ? Kenapa Untung ?
    1. Bayar RM380 x 3 = RM1140

    TETAPI
    2. Dapat 1 Unit Miracle Flusk Cantik2U PERCUMA = RM380

    MAKA
    3. 1 Unit Miracle Flusk Cantik2U ; RM1140 / 4 = RM285

    KONKLUSI ; Harga Yang Anda Bayar Bagi 1 Unit Miracle Flusk Cantik2U = RM285 Sahaja

    Tidak cukup dengan itu, kebanyakan yang sudah membeli Miracle Flusk Cantik2U terutama daripada Dhiela memang mengakui kesan Miracle Flusk Cantik2U yang dapat dirasai serta merta serta mengembalikan tenaga dalam kadar yang cepat!

    Testimonial Miracle Flusk Cantik2u ; SINI
    Ingin Membeli Miracle Flusk / Menjadi Pengedar Cantik2U hanya dengan pembelian sekali seumur hidup tanpa maintenance bulanan ; SINI

    Sebagai pengguna Miracle Flusk Cantik2U yang menggunakan teknologi nano dari Korea , Dhiela sememangnya amat berpuas hati dengan Miracle Flusk Cantik2U kerana tidak sukar hendak menjaganya ; untuk setiap 21 hari Dhiela akan menjemur Miracle Flusk Cantik2U ini seharian untuk mengecas tenaganya dan memastikan kerangan-kerangan yang digunakan tahan lebih lama.

    Percayalah, RM380 (termasuk penghantaran) untuk seumur hidup tidak rugi dibelanjakan untuk Kesihatan HEBAT dengan cara paling mudah!

    Jangan Lepaskan Peluang Untuk Jimat & Untung Bersama Miracle Flusk Cantik2U!

    Info Lanjut ; SINI
    Pra-Daftar PERCUMA ; SINI

    December 6th, 2009 by Dhiela | No Comments »

    ARTIKEL 62 : Terlewatkah Kita Untuk Jatuh Cinta Di Lewat Usia ?

    DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

    Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

    Apabila sedang bercinta semuanya indah belaka ...

    Apabila sedang bercinta semuanya indah belaka ...

    Usia 30-an

    Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

    Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

    Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

    * Tentukan batas waktu

    Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

    Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

    Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

    Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

    * Fleksibel

    Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

    Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.
    Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

    Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

    Usia 40-an

    Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

    * Perbaiki keterampilan bercinta

    Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

    Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

    * Elak bercinta selepas cerai

    Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

    Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

    a) Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

    b) Atau adakah semua wanita materialistik?

    c) Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

    d) Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

    Sekiranya jawapan anda ‘ya’ untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

    * Hati-hati dengan buah hati

    Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

    Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. – NOOR HASLIZA NUSI

    Sumber : KOSMO

    Dhiela says : Tiada had umur untuk bercinta … itu saja yang boleh Dhiela katakan … CINTA menjadikan hidup kita indah dan bermakna jadi mengapa perlunya had umur untuk bercinta … sesiapa saja boleh bercinta asalkan tahu batasannya … I’m In Love …

    December 4th, 2009 by Dhiela | No Comments »

    ARTIKEL 61 : Pengantin Jutawan

    “DEDAUNAN yang ada begitu indah dan mentari bersinar cerah. Segala-galanya sempurna,” tulis Ivanka Trump di blog mikro terkenal, Twitter, mengenai detik paling bermakna dalam hidupnya — setakat ini — pada 25 Oktober lalu.

    Pada hari itu, Ivanka disahkan sebagai isteri jutawan dan penerbit akhbar The New York Observer, Jared Kushner.

    Bertempat di kelab golf peribadi seluas 205 hektar milik bapanya di Bedminster, New Jersey, 500 tetamu, termasuk bintang filem kelas A, pewaris empayar Trump itu disatukan dalam majlis mengikut istiadat Yahudi ortodoks.

    Ivanka, 28, adalah ahli perniagaan, model, dan lebih penting, anak kepada Donald Trump yang memiliki empayar perniagaan pembangunan hartanah Amerika Syarikat.

    Ketika ini Ivanka adalah Naib Presiden Pembangunan dan Pemilikan The Trump Organization.

    Ivanka juga menjadi hos bersama rancangan realiti televisyen, Celebrity Apprentice.

    Di majlis penuh kemewahan yang turut dihiasi kek perkahwinan 13 tingkat itu, Ivanka tampil dengan gaun inspirasi perkahwinan Grace Kelly dengan Putera Rainier Monaco pada 1956.

    Menurut sumber, Ivanka memilih sendiri lokasi perkahwinan itu.

    Ivanka Trump & Jared Kushner.

    Ivanka Trump & Jared Kushner.

    “Dia bertegas mahu melangsungkan perkahwinan di atas tanah bapanya,” katanya.

    Sumber berkata, Ivanka sentiasa mengimpikan majlis elegan tetapi tebal dengan sifat-sifat tradisional.

    Mengenakan gaun putih rekaan Vera Wang dan sejambak bunga sambil diiringi bapanya, Ivanka mengatur langkah sambil disaksikan tetamu khas.

    Di tubuhnya juga dihiasi berlian dan platinum daripada koleksi Ivanka Trump Fine Jewellery Collection bernilai lebih RM897,000, termasuk anting-anting bernilai RM440,000 dan rantai tangan RM304,650.

    Ivanka yang beramal dengan ajaran Judaisme berdiri di sebelah Kushner di bawah khemah berhias bagi melengkapkan keindahan persekitaran berlatar deretan gunung dan musim luruh.

    Antara tetamu yang hadir adalah ibu kandung Ivanka, Ivana; pengarang majalah Vogue, Anna Wintour; pelakon, Russell Crowe; Natalie Portman dan Emmy Rossum, selain wartawan legenda, Barbara Walters.

    Tugas membawa cincin perkahwinan diberi kepada adik tiri Ivanka, Barron (lahir hasil perkahwinan Trump dengan model Slovenia, Melania Knavs).

    Selepas pasangan Ivanka — Kushner disahkan sebagai suami isteri, tetamu diraikan dalam majlis koktail yang penuh kemewahan.

    Turut disediakan, kek setinggi hampir 1.8 meter ciptaan khas tukang kek terkenal, Sylvia Weinstock.

    Ia dihasilkan dengan pelbagai perisa, termasuk lobak merah dan almond, bagi memenuhi selera orang ramai.

    Setiap lapis kek itu dihiasi dengan corak pelbagai jenis bunga.

    Kata Trump, dia akan mengenang majlis itu sepanjang hayatnya.

    Perjalanan majlis itu dijayakan perancang perkahwinan, Preston Bailey, yang turut menguruskan majlis sama untuk Trump dan Melania pada 2005.

    Bagi Bailey, majlis perkahwinan Ivanka – Kushner dianggap tugasan terpenting pernah dikendalikannya.

    Di Twitter, Bailey menulis: “Hampir selesai menguruskan perkahwinan Ivanka. Tidak diragui, ia adalah tugasan paling elegan pernah dilakukan.”

    Kushner dan Ivanka bertunang pada Julai.

    Bagi Ivanka, jutawan berusia 28 tahun itu adalah pasangan paling sesuai untuknya.

    “Kushner adalah sahabat sejati. Saya membiarkan dia melihat diri sebenar saya dan dia tetap mencintai saya. Dia manusia yang sungguh baik dan wira saya,” katanya.

    Mereka bertemu kali pertama hampir tiga tahun lalu.

    Bagaimanapun, sebagai ahli perniagaan, majlis perkahwinan itu bukanlah masa untuk bersantai lama-lama.

    Dua hari kemudian, Ivanka hadir ke pejabat untuk bekerja.

    “Terima kasih kepada semua pihak. Saya sangat menghargainya. Kini saya kembali bekerja, tetapi memori itu akan kekal abadi,” kata Ivanka di Twitternya. — Agensi

    Dhiela says : Perkahwinan merupakan fasa baru dalam kehidupan dan sememangnya besar atau kecil majlis ianya pasti diraikan dengan meriah.

    November 28th, 2009 by Dhiela | No Comments »

    Blog Widget by LinkWithin