>

DDC NEWS




26 February 2009
Website Dhiela Dot Com has been officially launched


ANNOUNCEMENT: Re-Stock!
Power Kudu
Pembelian boleh dibuat sekarang
Dapatkannya di Riqzmie Mall untuk pembelian

EXCHANGE BANNER

Powered by DhielaDotCom

SPONSORS



Lonia Village | Malaysia Online Shopping Mall

FOLLOW DHIELA DOT COM ON




Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

Dhiela Dot Com | MyLife MyHeaven MyLove MyBisnes

NON-COMMERCIAL BANNERS

SITE LISTING

COMMERCIAL BANNERS

Amboiiiiiii…. Jangan Jeles …

Wow… sportynya Toyota Prius nie … kali pertama melihatnya Dhiela sudah jatuh cinta ahakssss…. belum lagi menyentuh & mengusap-usapnya … thumbs up untuk photographer! tak pasal-pasal Toyota Prius termasuk dalam senarai kereta impian Dhiela …

Cuba tengok gambar-gambar ini…

Model hibrid keluaran Toyota ini telah terjual lebih dari 1.2 juta unit sejak dilancarkan… Toyota Prius generasi ketiga yang dijangka dilancarkan pada awal Ogos ini sememangnya mempunyai tarikan yang sangat kuat. Buktinya? Disebabkan permintaan yang tinggi, kilang Toyota di Tsutsumi, Jepun terpaksa menghasilkan model ini pada tahap secepat yang boleh.

Secara fizikalnya, Toyota Prius diklasifikasikan sebagai sebuah hatchback. Dengan reka bentuk yang futuristik, ia juga sarat dengan pelbagai teknologi termaju.

Sebagai permulaan, anda perlu tahu cara keluar dan masuk ke dalam kereta ini. Menggunakan sistem kunci keyless entry, simpan sahaja kunci itu di dalam poket atau beg tangan.

Untuk membuka pintu Prius, ia sekadar menggosok tangan anda. Ini kerana sistem itu mengesan haba tubuh manusia. Masukkan tangan di celah gagang pintu. Dalam beberapa saat, anda akan mendengar kuncinya terbuka.

Untuk menguncinya pula, anda hanya perlu meletakkan jari di bahagian atas gagang pintu yang berlekuk. Kemudian, bunyi terkunci yang sama akan kedengaran. Ia memang sangat menarik!

Sebaik sahaja anda masuk ke ruang kokpit, mata anda pasti dihidang dengan barisan butang-butang yang tersusun kemas pada papan pemuka dan konsol tengah. Dimonopoli oleh rona hitam dan perak, sebahagian besar lokasi ini dipenuhi dengan plastik berkontur.

Tombol gear berwarna biru yang tertulis huruf P, B, N dan D lebih kelihatan seperti joystick konsol permainan video. Untuk mengoperasikannya, anda perlu menekan brek sebelum menolaknya ke arah D untuk memulakan perjalanan.

Paparan digital yang diletakkan pada aras mata pemandu menunjukkan pelbagai maklumat dalam bentuk digital seperti kelajuan, tahap penggunaan bahan api, masa, mode pemanduan dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, grafik lengkap (energy monitor) dengan anak panah yang memaparkan sumber kuasa apa jentera ini digerakkan, sama ada kuasa enjin atau bateri. Monitor ini turut menunjukkan proses enjin atau bateri yang menggerakkan motor, selain bateri dicaj terutamanya ketika pemandu membrek.

Pada sterengnya pula, terdapat dua kelompok butang. Butang di sebelah kiri membolehkan anda mengawal sistem audio. Sementara butang di bahagian kanan pula berfungsi jika anda mahu menukar jenis maklumat Eco Driving Monitor pada paparan digital.

Selain itu, anda cuma letakkan jari ke atas butang-butang tersebut dan paparan berwarna hijau akan membantu anda membuat pilihan dengan lebih jelas.

Setelah enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang PWR, Prius menawarkan pemandunya tiga mode pemanduan. Kesemua pilihan itu boleh dibuat dengan hanya menekan tiga butang yang disediakan.

Bagi mereka yang mahukan kuasa, tekan sahaja butang PWR Mode. Ciri ini akan membenarkan anda merasai peningkatan kuasa secara dramatik.

Maksudnya, apabila pedal minyak ditekan, kuasa yang tersedia adalah seperti kenderaan dengan kapasiti enjin 2.4 liter. Sedangkan enjin yang ada pada Prius cuma bersesaran 1.8 liter. Cukup mengagumkan!

Memang seronok dipandu dan kuasa yang ditawarkan tidak mengecewakan. Tetapi mode ini pastinya menjejaskan tahap penjimatan bahan api yang dimahukan. Namun, ciri itu penting jika anda memerlukan lebih kuasa ketika mendaki atau hendak memotong kenderaan lain.

Sementara itu, apabila butang ECO Mode ditekan, prestasi enjin Prius berada pada talaan atau maklum balas cuma 40 peratus sahaja. Ciri-ciri ini membolehkan pemandu mendapat tahap penggunaan petrol yang terbaik.

Apa yang pasti, ia memang direka untuk dipandu di kawasan bandar pada kelajuan sederhana dan inilah mode yang paling sesuai untuk kebanyakan masa.

Berada di jalan yang sesak atau di kawasan parkir, Mode EV menjadi pilihan paling sesuai. Mode ini membolehkan Prius bergerak menggunakan motor elektrik sepenuhnya.

Dengan kelajuan maksimum 45 km/j pada jarak satu hingga dua kilometer, Mode EV bagaimanapun tidak boleh berfungsi jika baterinya berada pada level 3 atau lebih rendah.

Ciri Head Up Display pula membolehkan paparan meter kelajuan digital dipancarkan ke cermin hadapan. Ia hanya boleh dilihat oleh pemandu dan saya merasakan fungsi ini, hanya sesuai untuk menunjuk-nunjuk kerana ia agak mengganggu pandangan.

Banyak perkara yang membuatkan pemandu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri ketika memandu Prius. Selain aplikasi gear dan butang-butangnya, pemandu juga terpaksa berpuas hati dengan tahap pandangan yang sedikit terhad ketika memandang ke arah belakang menggunakan cermin.

Prius menawarkan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan. Toyota mendakwa jentera hibrid ini mampu mencecah 38 kilometer bagi setiap liter.

Jika anda membelinya nanti, jangan lupa untuk menubuhkan kelab pemilik Toyota Prius. Anda mungkin boleh menjemput selebriti terkenal seperti Brad Pitt, Jack Black, Billy Joel dan Alicia Silverstone untuk menjadi ahlinya.

Okei , ini bab harganya pula … bersesuaian dengan rupanya … Toyota Prius dianggarkan berharga lebih kurang RM190,000 .. jadik sesiapa yang bercadang nak tukar kereta atau nak cari kereta baru atau nak tambah koleksi kereta mungkin boleh mula-mula intai Toyota Prius yang akan dilancarkan dalam bulan Ogos ini ….

Jom serbu Pusat Pameran Kereta Toyota … !!!

Sumber : KOSMO

Related Posts with Thumbnails

1 comment to Amboiiiiiii…. Jangan Jeles …

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>