Setahun lalu , bila Dhiela memutuskan untuk berpindah dari blogspot ke .com semata-mata kerana timbulnya masalah di blogspot gara-gara tidak pandai kod html … itulah pasal dah berguru sekejap pastu guru tu pi bertapa tak balik-balik sampai sekarang ahaks … tapi itulah Dhiela sebenarnya , memang start dari ZERO tentang coding mencoding HTML tapi alhamdulillah sekarang ini tahulah sikit-sikit cukup utk diri sendiri tapi bila kritikal tu kena gak calling3x specialist …. hehehhe
Setelah genap setahun , Dhiela akui Dhiela Dot Com masih mempunyai banyak ruang untuk dikemaskinikan dan diperbaiki. Begitu juga dengan koleksi artikel-artikelnya perlu dimantapkan lagi tapi terus terang ‘hectic schedule’ yang menanti Dhiela sejak akhir-akhir ini mengurangkan masa untuk Dhiela merayau-rayau di alam siber mencari artikel-artikel yang berkenan di hati meresap di jiwa … ikutkan pengalaman sendiri pun banyak gak tapi Dhiela bergelut dengan ‘masa’ jadi Dhiela rasa ‘artikel review’ adalah yang terbaik untuk Dhiela Dot Com buat masa ini. Tak dapat Dhiela tuliskan betapa Dhiela merindui masa-masa senggang di mana Dhiela boleh membaca & menulis apa jua yang Dhiela minati tapi apa boleh buat , ada komitmen lain yang memerlukan perhatian Dhiela iaitu bisnes Dhiela yang semakin menunjukkan kemajuan memberangsangkan ….
Bisnes Dhiela yang berpayung di bawah TEAM 7007 semakin agresif dengan pelbagai aktiviti JANA Duit di alam siber tanpa melupakan nilai-nilai & etika bisnes yang baik. Dhiela bersyukur Dhiela Dot Com walaupun tanpa gosip atau politik atau tips-tips hebat tentang dunia bisnes internet masih mempunyai tempat di hati pembaca & peminat alam siber dengan ranking alexa dikekalkan di bawah 1 juta seperti di bawah :
Masih banyak lagi dan masih jauh lagi perjalanan DDC serta masih banyak yang perlu dipelajari oleh Dhiela tetapi Dhiela seronok dengan perkongsian ilmu yang diperolehi & diberi serta ramai teman-teman baru menjadi kenalan Dhiela tanpa mengira sempadan usia & lokasi …. semuanya seolah-olah menjadi dekat dengan Dhiela hasil daripada KUASA INTERNET yang sentiasa ‘on’ 24 jam selama 365 hari ….
Harapan Dhiela untuk Dhiela Dot Com belum menjadi kenyataan semuanya tapi Dhiela tetap akan terus bersama Dhiela Dot Com mencapai matlamat-matlamat yang telah dirangka sejak DDC dilahirkan pada 26 Februari 2009 kerana Dhiela Dot Com = Dhiela adalah SATU … My Life , My Heaven , My Love , My Bisnes ….
p/s : Gara-gara error “unable-to-create-directory-wp-contentuploads200909-is-its-parent-directory-writable-by-the-server.php” sewaktu hendak uploading pic ke artikel ini ; baru hari ini Dhiela berpeluang menyiarkan Dhiela Dot Com Genap 1 tahun … nasib baik penyelesaiannya mudah mengambil masa kurang dari setengah jam tapi Dhiela telah menangguhkannya lebih dari 1 minggu hehehhe … btw Happy Belated Birthday to Dhiela Dot Com!










hepi anniversary DDC !
DDC mmg mantopp .. n Dhiela mmg pandai merempit biz internet …
syabas !
10Q ummi hehehhe .. akak windu nk terjah3x blog kengkawan termasuk blog hanie yg comel tue … dush3x