Rasanya belum terlewat untuk Dhiela mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di seluruh Malaysia … Setelah meninggalkan alam persekolahan kira-kira 18 tahun yang lalu … Dhiela semakin jauh dari sambutan-sambutan hari sebegini malahan cuti persekolahan pun Dhiela tidak dikemaskinikan … mungkin bila Syahmie bersekolah nanti , Dhiela kembali dikemaskinikan dengan data-data sedemikian…
Di zaman persekolahan Dhiela , hujung tahun 80an, Hari Guru biasanya disambut dengan pelbagai aturcara … tapi yang pastinya mesti ada perhimpunan pagi … di mana yang bersekolah petang pun akan bersekolah pagi pada hari tersebut … best part ialah bila semua guru akan ‘menyumbangkan’ suara masing-masing untuk lagu khas Hari Guru … tak bestnya kaki Dhiela sure lenguh-lenguh sebab terlalu lama berdiri … sabar aje lar bila tengok cikgu cikgi duduk dengan selesanya di kerusi masing-masing mengadap kami semua … hehehe time tue memang pk alangkah syoknya jadi cikgu … dan impian itu menjdi kenyataan bila Dhiela menjadi guru ganti untuk 2 bulan dan sempat menyambut Hari Guru sebagai insan bergelar guru … time tue bila memandang wajah anak-anak murid sendiri spontan teringat apa yang Dhiela fikirkan bila Dhiela berada di tempat mereka dulu…tak best gak rupanya sebb macam ada perasaan bersalah melihat anak murid yang tentunya letih lama berdiri …
Kenapa Dhiela tidak meneruskan kerjaya ini walaupun Dhiela mendapat respon yang baik dari anak-anak murid Dhiela ? Biarlah rahsia… tetapi menjadi guru ganti yang mendapat jamuan perpisahan walaupun mengajar cuma 2 bulan sahaja dan semua kelas yang diajar memberikan sesuatu kepada Dhiela merupakan kenangan manis Dhiela menjadi guru yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila…
Dhiela memahami betapa beratnya tanggungjawab seorang guru mendidik apatah lagi dengan pengalaman sedikit Dhiela mendidik Syahmie tampak begitu mencabar inikan pula berpulu-puluh murid mungkin beratus murid setiap tahun… itu bukannya satu tanggungjawab mudah…
Mari kita tengok betapa kreatifnya murid-murid zaman millenium dunia siber … buat kita ketawa tapi apa pula kata guru-guru?
Sumber : Blalang
















Ikut mengucapkan selamat hari guru
semoga sukses
selamat
selamat hari guru–untuk pahlawan tanpa tanda jasa sehingga saya dapat mengerti banyak sampai saat ini,,,
linn pun dapat email jawapan2 tu..adoii sengall tul anak murid tu kan…
selamat hari guru pada semua guru2 seantero dunia
jawapan tu jelas menunjukkan apa yang diajar tidak sama dengan apa yang mereka fahami … namun begitu dhiela kagum gak pun ada sebab jawapan mereka melangkaui batas-batas kenormalan sekaligus menjadikan mereka insan kreatif … moga mereka berjaya mencari bidang yang sesuai dengan cara mereka berfikir ..