Testimonials

Produk-Produk Yang Terdapat Di Testimonial Boleh Diperolehi di RIQZMIE MALL.

TESTIMONIAL MIRACLE FLUSK CANTIK2U

flusk-pic1_price_testimonial

KEBERKESANAN : HILANG SAKIT GIGI ; TIADA SENGUGUT, MIGRAIN

Dhiela mula mengamalkan air minum dari Miracle Flusk Cantik2u pada pertengahan Januari. 2 minggu selepas mengamalkannya, sakit gigi geraham yang telah bertahun lamanya Dhiela tanggung hilang sedikit demi sedikit.

Awal Februari, Dhiela dapati perjalanan haid Dhiela agak lancar dan Dhiela tidak mengalami sengugut seperti bulan-bulan sebelumnya. Begitu juga pada bulan Mac ini, Dhiela tidak mengalami sengugut sama seperti di bulan Februari.

Baru-baru ini Dhiela diserang sakit kepala agak teruk sehingga hendak sujud waktu bersolat pun tidak boleh Dhiela lakukan. Puncanya, Dhiela keluar pada waktu tenghari yang agak panas terik. Petangnya hujan, apalagi menangkap kepala.

Mulanya Dhiela cuba menahan diri daripada mengambil panadol actifast tetapi kemudiannya tidak berjaya sebab terlalu sakit. Dan ini merupakan kali pertama sakit kepala Dhiela berterusan sehingga beberapa hari dan Dhiela terpaksa mengambil panadol setiap hari tetapi sakitnya cuma hilang sebentar dan datang kembali.

Tidak cukup dengan itu, Dhiela langsung tidak boleh membuat kerja di laptop Dhiela. Kepala sebelah kanan berdenyut-denyut setiap kali Dhiela menatap skrin laptop. Rasa hendak muntah pun ada. Dhiela sudah membuat keputusan hendak memeriksa mata Dhiela maklumlah umur meningkat jadi ada kemungkinan Dhiela perlu mempertimbangkan untuk memakai cermin mata. Lagipun Dhiela mempunyai banyak kerja yang perlu menggunakan laptop.

Entah macamana sebelum memeriksa mata , Dhiela tergerak hati hendak meletakkan Miracle Flusk Cantik2u di sebelah laptop Dhiela. Hasilnya , sakit kepala Dhiela semakin berkurangan dan Dhiela boleh menyambung kerja-kerja yang sudah tertangguh beberapa hari serta merta. Sampai hari ini, Dhiela masih meletakkan Miracle Flusk Cantik2u di sebelah skrin laptop Dhiela dan bila dahaga Dhiela pasti minum air dari Miracle Flusk Cantik2u.

Dhiela juga menyediakan susu Syahmie menggunakan air Miracle Flusk dan Dhiela dapati selera minum/makannya lebih baik daripada sebelumnya. Jika sebelum Miracle Flusk Cantik2u , Syahmie minum susu 3 – 4 kali sehari , sekarang ianya lebih dari 4 – 5 kali sehari ditambah lagi dengan nasi. Syahmie juga semakin jarang menghidap selsema berbanding sebelumnya.

Dhiela sukakan Miracle Flusk Cantik2u ini kerana ianya mudah dan senang dibawa ke mana-mana. Penyediaannya pun ringkas, cuma tuangkan air yang telah dimasak/ditapis ke dalamnya, goncangkan selama beberapa saat dan sedia untuk diminum. Rasanya pun tidak jauh berbeza daripada air paip/mineral.

KEBERKESANAN : MIGRAIN BERKURANGAN

Puan Haryati seorang peguam dari Johor telah mula mengamalkan penggunaan Miracle Flusk pada bulan Februari lalu. Kehidupan sebagai seorang ibu berkerjaya dan anak-anak yang masih kecil menyebabkannya mudah stress dan selalu diserang migrain.

Kali pertama minum air dari Miracle Flusk Cantik2u, beliau mengalami migrain yang teruk. Tetapi selepas itu,beliau semakin jarang diserang migrain.

Ini rantaian SMS antara Dhiela & Puan Haryati pada 15 Mac 2009;
Dhiela : Salam yati. nk btau miracle flusk bleh dletakkan bdkatan pc atau laptop utk kurg radiasi pc kena direct pd kita bila sdg guna pc.lupa nk btau :)

Puan Yati : Salam. Masa kita borak kat tel ms i tanya cara nak guna you dah cakap kalau ltk dkt hp/komputer blh kurangkan radiasi.you lupa ke?I ingat sbb lps dpt tu i dah bt. &lps ckp kt hp biasanya i minun air tu & everday i bw flask tu gi of ltk sblh laptop i.

Dhiela : Heheheh rasanya mcm bru je tau ermm now mmg buat mcm 2 sbb nk elak sakit kepala tgk skrin lama sgt n it works!

Puan Yati : Btl.Kdg2 kalau pening minum air tu byk2 blh ok & x yah mkn ubat.

Dhiela : Gud 2 hear that. lately je buat sblum nie syg tkut anak2 jatuhkan.tp few days ago skit kepala teruk gak tk leh tgk laptop lgsung n cuaca tk menentu n then pas dh letak flusk bru leh guna laptop now mmg letak je dkt laptop …

Dhiela : Yati pasan tak air flusk 2 bbeza rasanya dgn air mineral?bila minum time tgh penat mcm dpt tenaga tambahan hehehe tp minum byk2 tk mudarat pun… 2 yg best tk perlu risau pesal overdose

Puan Yati : Btllah air dia mcm keruh gitu & rasa pun lain tp kalau bt air manis x rasa sgt.

KEBERKESANAN : SENGAL-SENGAL & BERAT BADAN BERKURANGAN

Saya Selalu mengalami sengal-sengal badan. Setelah mengamalkan air minuman dari Miracle Flusk Cantik2u , perubahan ketara ialah saya kerap buang angin tetapi lama-kelamaan sengal-sengal badan saya berkurangan. Saya seorang berbadan besar dan amalan minum air Miracle Flusk Cantik2u membantu saya mengurangkan berat badan. Ini kerana saya tidak berasa lapar lagi selepas minum air Miracle Flusk tetapi tetap bertenaga. Airnya mudah ditelan, rasa lembut dan lancar. Semua orang minum air. Air beralkali dari Miracle Flusk Cantik2u adalah terbaik untuk diminum. Jangan ragu-ragu untuk memilikinya. Pasti anda akan puas hati dengan kualiti air yang dibekalkan dalam penapisan Miracle Flusk Cantik2u.- Encik Hairi , Shah Alam

KEBERKESANAN : HILANG JERAWAT & DIET EFEKTIF

Sebelum ini , di kepala saya ada pertumbuhan jerawat yang selalu mengganggu keselesaan saya. Mulanya saya tidak menyedari air yang saya minum dari Miracle Flusk Cantik2u membantu mengurangkan masalah jerawat ini. Kini, kepala saya bebas dari jerawat. Satu lagi kebaikan minum air Miracle Flusk Cantik2u ini ialah membuatkan saya tidak berasa lapar. Ini dapat membantu saya berdiet dengan lebih efektif. Saya sangat gembira menggunakan Miracle Flusk Cantik2u. Saya syorkan semua rakyat Malaysia harus memilikinya kerana ia membantu berdiet cara sihat dan hindarkan jerawat seperti saya dan mudah dibawa ke mana-mana.- Encik Wan , Sabah

KEBERKESANAN : MIGRAIN & RESDUNG SEMBUH

Saya alami migrain dan resdung hampir 14 tahun. Setiap kali hadapi resdung pasti saya akan kena migrain. Setelah menggunakan Miracle Flusk Cantik2u secara konsisten selama 2 bulan , saya dapat merasakan perubahan pada diri saya. Migrain saya hilang dan gatal-gatal hidung resdung yang berlaku setiap pagi dan ketika hujan tiada lagi. Sangat menakjubkan. Pelbagai ubatan resdung saya cuba tetapi semuanya tidak berkesan. Saya mengikuti arahan yang disyorkan iaitu minum 8 – 10 botol sehari. Saya juga kerap mencuci rongga hidung saya setiap kali alami kegatalan resdung. Alhamdulillah, kini saya bebas dari resdung & migrain. Saya sangat teruja dengan Miracle Flusk Cantik2u ini.- Encik Saiful , Kajang

KEBERKESANAN : MENGEMBALIKAN TENAGA, KESEGARAN & HILANG MENGANTUK

Saya telah menggunakan Miracle Flusk Cantik2u selama 2 bulan. Pengambilan secara kerap 8 botol sehari memberi kesan yang berbeza dalam tubuh badan saya. Saya rasa amat bertenaga. tidak mengalami kelesuan atau mengantuk. Saya selalu bekerja di luar kawasan dari Kedah ke Perak. Perjalanan jauh membuat saya selalu keletihan dan mengantuk. Kini, saya selalu membawa Miracle Flusk Cantik2u ke mana saja. Saiznya yang kecil amat mudah dibawa ke mana-mana. Sangat sesuai untuk yang kerap bekerja di luar seperti saya. Tidak rugi memilikinya , banyak membantu mengembalikan kesegaran dan tenaga.- Encik Amrul, Kedah

KEBERKESANAN: TAHAP GULA DIABETES MENURUN

Saya mengalami penyakit kencing manis – kesan selepas minum ialah tahap gula dalam darah turun daripada 13.5 ke 8.2 dalam 1 hari apabila saya minum 10 gelas. – Puan Zaiton, Kg Lundang Kota Bahru

KEBERKESANAN: DARAH TINGGI TERKAWAL & KULIT MENGERUTU JADI LEMBUT

Setelah saya meminum air dari Miracle Flusk Cantik2u ini, penyakit darah tinggi saya dapat dikawal dengan baik dan ianya amat mujarab. Saya juga menggunakan air untuk mencuci kawasan yang mempunyai kulit kasar di kaki saya dan kini kulit saya juga menjadi licin dan lembut bak kulit orang muda. – Puan Lijah, Kelantan

TESTIMONIAL COKLAT MINDA HIJRAH

COKLAT MINDA HIJRAH (60 BIJI)

COKLAT MINDA HIJRAH (60 BIJI)

TESTIMONI 1 :
Mohd Faris b Hj Tajul Arshad (13 tahun)
Sekolah Menengah Integrasi, Gopeng, Perak

Aini Fasihah bt Hj Tajul Arshad (15 tahun)
Sekolah Menengah Agama Raja Nazrin, Kg. Gajah, Perak

Simptom

* Kedua-dua pelajar diakui sederhana oleh ibu-bapa.

Perubahan

* Prestasi pelajaran meningkat.
* Mudah mengingati pelajaran.
* Mohd Faris memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2007.
* Aini Fasihah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR 2007.

TESTIMONI 2
:
Nor Shazila Hanim bt Mohd Sani (11 tahun)
Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak.

Simptom

* Sukar mengingati apa yang dipelajari.
* Prestasi pelajaran sederhana.
* Sukar fokus semasa dalam darjah.

Perubahan

* Prestasi pelajaran meningkat, terbaik dalam kelas
* Mudah memberi tumpuan kepada pelajaran.
* Lebih fokus dalam kelas dan aktif dalam ko-kurikulum sekolah.

TESTIMONI 3 :
Muhammad Luqman Fiqri Bin Muhammad Nadzri (9 tahun)
Sekolah Kebangsaan(Ugama) Seksyen 3,
Shah Alam.

Simptom

* Sering tertidur dalam kereta waktu dalam perjalanan ke sekolah.
* Selalu letih dan mengantuk di dalam kelas.
* Kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas.

Kadar pengambilan Coklat Minda
Mula mengambil Coklat Minda pada awal bulan Jun 2008.
Dos yang diambil: 2 biji sehari (1 biji pagi, 1 biji petang).

Perubahan

* Hanya selepas 2 hari memakan Coklat Minda, tidak lagi tidur dalam kereta waktu ke sekolah.
* Tidak lagi ada letih dan mengantuk dalam kelas.
* Menurut gurunya beliau kini aktif berinteraksi dalam kelas.
* Mendapat tempat pertama di pertengahan Jun dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Muhammad Imran Fiqri Bin Muhamad Nadzri (7 tahun)
Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4,
Shah Alam.

Simptom

* Selalu letih dan mengantuk di waktu pagi dalam kereta dan di dalam kelas.
* Kurang memberi perhatian semasa dalam kelas sebab tertidur.
* Cepat jemu membuat kerja sekolah dan malas belajar.
* Menurut kata guru kelasnya beliau seorang yang “moody” dan sensitif serta degil.

Kadar pengambilan Coklat Minda
Mula mengambil Coklat Minda pada awal bulan Jun 2008.
Dos yang diambil: 4 biji sehari (2 biji pagi, 2 biji petang).

Perubahan

* Menunjukkan perubahan dari segi tanggungjawab dan keinginan untuk belajar tanpa disuruh.
* Ada perubahan dengan menunjukkan lebih minat dan menumpukan perhatian di dalam kelas.
* Ada peningkatan di segi prestasi terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
* Peningkatan dari segi kreativiti.
* Sikap “moody” berkurangan

Muhammad Aliff Fiqri Bin Muhamad Nadzri (3 tahun)

Kadar pengambilan Coklat Minda
Dos yang diambil: 1 biji sehari waktu tengahari selepas balik dari rumah pengasuh.

Perubahan

* Ketara lebih aktif dan kreatif dari segi ikhtiar untuk mendapat sesuatu.
* Bijak berkomunikasi.
* Cepat belajar sesuatu yang baru