Ini kisah terkini Manohara Odelio Pinot di Indonesia yang telah selesai penggambaran sinetron Manohara & menerima anugerah diraja dari Kesultanan Solo;
JAKARTA – Setelah krisis rumah tangganya dengan Tengku Temenggong Kelantan menjadi topik utama akhbar, model Manohara Odelia Pinot , kembali menceburi industri hiburan.
Manohara berkata, dia memberikan yang terbaik untuk drama atau sinetron pertamanya berjudul Manohara walaupun mengakui penguasaan bahasa Indonesianya masih lemah.
Drama itu mula ditayangkan di stesen televisyen tempatan, Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI) semalam.
“Saya giat berlatih menguasai bahasa Indonesia dengan membaca pelbagai jenis buku dan akhbar. Saya juga tidak segan untuk bertanya apabila berdepan masalah bahasa,” kata remaja berusia 17 tahun itu baru-baru ini.
Ketika menjawab pertanyaan media sama ada drama sensasi itu menyentuh kisah perkahwinannya dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, Manohara menyatakan ia semata-mata fiksyen dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
Namun, tegas Manohara, pengalaman sebagai mangsa penderaan banyak membantunya menjiwai watak utama dalam drama ini
Gadis kacukan Indonesia-Amerika Syarikat itu melarikan diri ke Indonesia pada Mei lepas. dia mendakwa didera suaminya tetapi semua tuduhan itu dinafikan keluarga diraja Kelantan.
Dalam perkembangan sama, keluarga kesultanan Solo, Sunan Pakubuwono XIII Hangabehi menganugerahi Manohara dengan gelaran Kanjeng Mas Ayu.
Jurucakap istana, Puteri Gusti Raden Ayu Koes Murtiyah berkata, anugerah itu adalah sempena sambutan keempat pertabalan Pakubuwono XIII Hangabehi baru-baru ini.
“Dia diberikan anugerah itu kerana Manohara masih menjadi isteri keluarga diraja yang sah,” katanya. – KOSMO
Ini pula kisah di Malaysia yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini ;
Tengku Temenggung Fakhry saman Manohara Odelio Pinot RM105 juta
20/07/2009 1:37pm
KUALA LUMPUR 20 Julai – Bekas model, Manohara Odelia Pinot dan ibunya kini menggalas beban di bahu masing-masing apabila Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini secara rasmi memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta kerana didakwa memfitnah baginda.
Dalam tindakan saman itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif
menamakan ibu mertuanya, Daisy Fajarina dan Manohara, 17, selaku defendan pertama dan kedua.
Pasangan tersebut telah berkahwin pada 26 Ogos 2008 sebelum kembali ke Indonesia sembilan kemudian, secara mendadak tanpa sebarang kebenaran dan di luar pengetahuan suaminya.
Di Indonesia, plaintif mendakwa, defendan pertama dan kedua telah membuat beberapa siri sidang akhbar yang didakwa telah memfitnah dan memburukkan nama baik dan reputasi baginda.
Plaintif mendakwa antara bulan April sehingga bulan Jun lalu, defendan pertama telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan-perkataan yang bersifat umpatan (slander), sindiran yang tidak benar dan tidak berasas.
Perkataan-perkataan fitnah tersebut yang diterbitkan semula kata demi kata adalah sebahagian daripada perkataan-perkataan defendan pertama dalam media elektronik antaranya, AFP, Jakarta Globe, The Star, Malay Mail, Kosmo dan Online di Malaysia dan Indonesia serta penerbitan antarabangsa lain.
Dakwa plaintif, perkataan fitnah telah mengakibatkan kerosakan maksimum ke atas reputasi baginda di mata rakyat jelata, secara nasional dan antarabangsa.
Defendan pertama dan kedua dakwa plaintif, tidak memberikan sebarang peluang untuk baginda membuat komen atau menjawab tuduhan yang dibuat sebelum menyebutkan perkataan fitnah tersebut.
Plaintif juga mendakwa keseriusan perkataan-perkataan fitnah tersebut, telah menyebabkan perasaan sedih dan menimbulkan perasaan aib yang keterlaluan, merendahkan martabat baginda dan keluarga serta mencemarkan nama baik terutamanya di kalangan kerabat di raja dan masyarakat.
Akibat tohmahan yang sebegitu rupa, plaintif terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama baik baginda yang telah tercemar.
Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan masing-masing berjumlah RM35 juta bagi setiap kategori ganti rugi tersebut.
Selain itu, plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua sama ada secara sendiri atau melalui pekerja-pekerja mereka daripada terus menyebut perkataan-perkataan yang serupa yang memfitnah beliau.
Plaintif turut menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun atas jumlah ganti rugi dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. -Utusan
Dhiela says : layan aje lar citer TT Fakhry – Manohara ini … selagi ada keinginan untuk tahu selagi itu media Indonesia-Malaysia akan menyiarkan cerita-cerita terkini kes ini … tetapi harapan Dhiela agar media masing-masing tahu di manakah batas & sempadannya agar tidak menimbulkan reaksi yang tidak perlu dari mana-mana pihak …
Untuk teman-teman bloggers , terima kasih kerana terus mengunjungi Dhiela Dot Com memberi komen walaupun tika Dhiela dalam pertapaan … anyway , Dhiela harap layout baru Dhiela Dot Com memberi impaks baru kepada Dhiela Dot Com … insyallah .. terima kasih sekali lagi











RECENT COMMENTS